Salam,sifu2,kawan-kawan ternak yang kenal dan baru nak berkenalan.
Aku tengah sibuk sangat meneliti 4 ekor kambing yang baru masuk kandang.Maklum la,kira tahap jakun,pagi kat kandang.tengahari kat kandang,malam nak masuk tidur pun kat kandang.Penternak part time macam aku takde masa.ada masa je mesti duk kandang.
Semua kambing yang ada betina,sekor tu bunting,dah nak dekat keluar dah.Aku tak ambik jantan lagi,seminggu lagi baru nak ambik.Tengok la kandang sifu2 nanti aku pergi cari beli baka jantan.
Kambing aku batuk batuk sikit pun aku gelabah,hahaha.
Ok bye.sambung next update.
Friday, October 12, 2012
Saturday, August 11, 2012
Kandang Kambing High Hill Farm
Salam,
Belum sempat ayam ayam aku membesar nak berkeluarga,aku dah cuba siapkan sebuah kandang kambing.Ukuran yang aku buat 10x20kaki.Boleh muat dalam 14-15 cikgu aku bagitau,tu pun laga laga punggung agaknye.hehe.Kandang ni aku buat sendiri,pakai kederat sendiri,memang puas la walau penat tu memang mencanak,bayang la bulan puasa ni pun aku bantai nak mengatap.Tu pun tak siap siap jugak.
ok,keseluruhan kos setakat ni baru RM226 je.Hah,tak percaya kan.tu siap aku boleh pasang poly pipe 50m lagi.Tiang pagar dapat 11 batang,dawai pagar aku beli rm50 sepanjang 120kaki yang second hand,untung jugak.Buat kerja sorang sorang tak payah upah orang dari A-Z.Untung tapi badan sakit!
Rahsianye?
ok,rahsianye bukan lah rahsia,kayu dengan atap zink tu aku dapat dari rumah abang ipar yang dah rosak dikerjakan anai anai.so,aku dapat free,tak payah bayar dah jimat.hehe.Mana yang elok dapat la digunakan.Cuma aku lah sakit sakit badan.Tapi sebabkan semangat kental nak berkambing,aku siapkan kandang ni dalam 3minggu je.
Tapi sekarang nak keluar modal juga.Nak beli kayu lantai dan nak tambah tambah sikit lagi.jadi aku anggarkan kos keseluruhan dalam RM600-700.Nak beli Kambing pulak jadi kos lain.
Dah selesai semua,boleh masuk bab pembelian baka kambing.Bak kata senior aku,elok ambik kambing kampung atau kacuk mana mana spesis dengan kampung untuk senang bela dan belajar.Sebab baka lain senang nak kena penyakit,nak meragut tak reti,tak fit,takde sifat nak survive hidup,semuapun nak bersua.Terima kasih dekat senior aku yang berani betul tegur aku dekat FB,sebab nak tunggu aku menegur memamng susah sebab aku gile pemalu thap gaban.thanks bro Isa Keratong http://feral-kk.blogspot.com/
Thursday, June 7, 2012
Masuk umur sebulan
Ayam dah masuk umur sebulan.Tengok gelagat,perangai kuat makan jadi terapi pada aku.berapa kali pergi jengok pun tak rase bosanye.letak la daun ape pun,confirm settle.dalam seratus ekor,baru 3 ekor yang dah mati.seminggu lagi boleh tambah seratus ekor lagi.sebab tempat pun dah besar.bukan wang ringgit jadi ukuran,semangat sekarang ni semakin power.hehe
Wednesday, May 30, 2012
Reban
Tuesday, May 22, 2012
Ayam kampung
Selama beberapa bulan aku menyepi,dah masuk bulan kelima aku tukar kerja,tapi masih dalam bidang yg sama.Alhamdulillah,rezeki tu tetap ada.kita je perlu usaha.Okbuat awal bulan ni sebenarnye aku sibuk mengerjakan tanah yg kecil tu.Dalam 3 minggu aku dah siapkan sebuah reban ayam sebesar 15x25 kaki persegi.Penat yang berbaloi bila nampak reban sebesar tu terbina.Cuma ayam je tak boleh nak masuk.
Niat sebenar aku nak bina kandang kambing,bila difikir balik aku belum lagi bleh capai tahap tu,jadi aku batalkan je niat tu.Mak aku cakap nak bela kambing mesti fokus sepanjang masa untuk binatang ni,lagipun modal aku bukan besar.Maka terbina lah reban ayam,pengalaman aku dengan ayam kampung tak lah seotai mana pun cuma ade la dulu pernah bagi ayam makan tiap-tiap pagi.lagipun ayam tu terbiar je :p.Diorang lapar balik la reban.petang aku bg lagi.
Aku terfikir nk mengkomersial ayam kampung kat kawasan tempat aku ni.sebab makin lama susah.plak aku nk jumpa reban kat mana-mana pun.kapasiti pertama 100 ekor.ayam dengan aku dah sebati.banyak pun no hal.tunggu aku update lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)