Saturday, August 11, 2012

Kandang Kambing High Hill Farm

Salam, Belum sempat ayam ayam aku membesar nak berkeluarga,aku dah cuba siapkan sebuah kandang kambing.Ukuran yang aku buat 10x20kaki.Boleh muat dalam 14-15 cikgu aku bagitau,tu pun laga laga punggung agaknye.hehe.Kandang ni aku buat sendiri,pakai kederat sendiri,memang puas la walau penat tu memang mencanak,bayang la bulan puasa ni pun aku bantai nak mengatap.Tu pun tak siap siap jugak. ok,keseluruhan kos setakat ni baru RM226 je.Hah,tak percaya kan.tu siap aku boleh pasang poly pipe 50m lagi.Tiang pagar dapat 11 batang,dawai pagar aku beli rm50 sepanjang 120kaki yang second hand,untung jugak.Buat kerja sorang sorang tak payah upah orang dari A-Z.Untung tapi badan sakit! Rahsianye? ok,rahsianye bukan lah rahsia,kayu dengan atap zink tu aku dapat dari rumah abang ipar yang dah rosak dikerjakan anai anai.so,aku dapat free,tak payah bayar dah jimat.hehe.Mana yang elok dapat la digunakan.Cuma aku lah sakit sakit badan.Tapi sebabkan semangat kental nak berkambing,aku siapkan kandang ni dalam 3minggu je. Tapi sekarang nak keluar modal juga.Nak beli kayu lantai dan nak tambah tambah sikit lagi.jadi aku anggarkan kos keseluruhan dalam RM600-700.Nak beli Kambing pulak jadi kos lain. Dah selesai semua,boleh masuk bab pembelian baka kambing.Bak kata senior aku,elok ambik kambing kampung atau kacuk mana mana spesis dengan kampung untuk senang bela dan belajar.Sebab baka lain senang nak kena penyakit,nak meragut tak reti,tak fit,takde sifat nak survive hidup,semuapun nak bersua.Terima kasih dekat senior aku yang berani betul tegur aku dekat FB,sebab nak tunggu aku menegur memamng susah sebab aku gile pemalu thap gaban.thanks bro Isa Keratong http://feral-kk.blogspot.com/