Saturday, August 11, 2012
Kandang Kambing High Hill Farm
Salam,
Belum sempat ayam ayam aku membesar nak berkeluarga,aku dah cuba siapkan sebuah kandang kambing.Ukuran yang aku buat 10x20kaki.Boleh muat dalam 14-15 cikgu aku bagitau,tu pun laga laga punggung agaknye.hehe.Kandang ni aku buat sendiri,pakai kederat sendiri,memang puas la walau penat tu memang mencanak,bayang la bulan puasa ni pun aku bantai nak mengatap.Tu pun tak siap siap jugak.
ok,keseluruhan kos setakat ni baru RM226 je.Hah,tak percaya kan.tu siap aku boleh pasang poly pipe 50m lagi.Tiang pagar dapat 11 batang,dawai pagar aku beli rm50 sepanjang 120kaki yang second hand,untung jugak.Buat kerja sorang sorang tak payah upah orang dari A-Z.Untung tapi badan sakit!
Rahsianye?
ok,rahsianye bukan lah rahsia,kayu dengan atap zink tu aku dapat dari rumah abang ipar yang dah rosak dikerjakan anai anai.so,aku dapat free,tak payah bayar dah jimat.hehe.Mana yang elok dapat la digunakan.Cuma aku lah sakit sakit badan.Tapi sebabkan semangat kental nak berkambing,aku siapkan kandang ni dalam 3minggu je.
Tapi sekarang nak keluar modal juga.Nak beli kayu lantai dan nak tambah tambah sikit lagi.jadi aku anggarkan kos keseluruhan dalam RM600-700.Nak beli Kambing pulak jadi kos lain.
Dah selesai semua,boleh masuk bab pembelian baka kambing.Bak kata senior aku,elok ambik kambing kampung atau kacuk mana mana spesis dengan kampung untuk senang bela dan belajar.Sebab baka lain senang nak kena penyakit,nak meragut tak reti,tak fit,takde sifat nak survive hidup,semuapun nak bersua.Terima kasih dekat senior aku yang berani betul tegur aku dekat FB,sebab nak tunggu aku menegur memamng susah sebab aku gile pemalu thap gaban.thanks bro Isa Keratong http://feral-kk.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum Tuan Hafiszal..
ReplyDeleteada blog rupanya.bagus2.bleh kongsi2 maklumat dan pengalaman dalam blog nih.Segan pulak dipanggil senior aku pun baru menternak bro.baru setahun jagung manis..kalau Alwigoatfarm tu betul senior taraf otai.aku pun anak murid dia.bro pun boleh masuk sama menuntut ilmu perkambingan dengan dia jadi rakan seperguruan lah kita.haha..
ko punya kos kandang memang gila otai murah.untuk kandang asal aku saiz 22x16 pun aku hbs dalam rm3k.kira dlm rm9 per kaki persegi.tupun buat sendiri kayu secondhand.cuma lantai bro kena pakai kayu 2"x1" jgn pkai papan lntai rumah tu.seksa nak menyapu tahi nnti.selamat menternak bro..
Assalamu'alaikum Wrmbth, selamat menternak kambing dan banyakkan bersabar ya. Dunia yang penuh pancaroba.. hehe
ReplyDeleteDari penternak kambing cikai
UMMBARAQAH RESOURCES
http://kambinghalal.blogspot.com
Nampaknya ko memang pakai safety factor tinggi ya. seekor kambing 14ft2. Aku perasan coccidiocis ni kita kena aling alert pada anak kambing. Kalau kene memang kemungkinan besar mati. Kambing besar ada lagi daya ketahanan.. walaupun rsiko tetap ada untuk mati
ReplyDeleteWalaikum salam bro isa kk feral dan mr fairul.anda semua idola sy.maaf la tak perasan komen anda.sbb sibuk sgt mlantai siang mlm.ni bru siap.bab kluasan tu rasanya tak lama kna prbesar kandang.tu pn kalo starting mmbela ni menjadi2.kalau bro feral tak tegur,maunye aku asyik folow blog kambing boer je,excited le katakan.blog lama dh ade,tp byk merapu ja.hehe.beli kayu 1x2 total pn dh rm450.skrg dh hbis rm700.jimat.rasenye 1000.bru siap smua.harap bro brdua dpt bg tunjuk ajar.aku slalu je jengok blog korg.tnggu update.kalo tak update tu mcm menyesal je buka.hahaha.nk komen mcm tak brape pndai.so diam dan baca je.ape pun terima kasih byk2.
ReplyDeleteaku tak boleh djadikn idola,Tuan Fairul bolehla dia usahawan berjaya.hehe.brape hrga kayu 1x2 tu kt sana?aku beli 1tan dlm rm1050 tu pun reject punya.kayu ok cuma mkurang lurusla,nama pun reject ye tak.haha..tak kisahla jnji kaki kambing tak masuk lubang dan tahan lama.biar kandang sempoi tapi pulangan memberangsangkan..selamat menternak bro..:-)
DeleteWalaupun aku belum berjaya tapi kira doala tu. Haha, setiap hari adalah kejayaan kecil selagi tak berputus asa.
DeleteKambing ni kalo hari2 hadap, memang boleh perasan dia sakit atau sihat. Tapi, aku sarankan hati2 bagi makan pelet. Adala beberapa kes, kambing mati tergolek sebab kembung pasal makan lebih pelet. Kambing sihat dan fit, tapi tumbang sebab makan pelet berlebihan.
Baru menternak mesti ada yang mati tapi kalau boleh kurangkan le dengan menimba ilmu. Modal kita bukan besar pun ya tak. KAlau jatuh bukan ada orang nak tolong. WAllahu'alam.
Smingu dua ni blum lg bela kmbing aku g bela sekor anak anjing,konon nak train bg bleh jga kawasan.tp smlm dah mati sbb makan palet lebih kot.kembung teruk.siap bg palet mahal utk anjing shun tsu lg tu.ingtkan lg sronok tgok die mkan,aku tambah lg bg die kenyang.last perut tak dpt proses.insyallah nasihat tuan takan trjadi kat kmbing nnti.
DeleteDah boleh jd contoh tu kira idol utk aku bro.haha.kayu tu aku beli per kaki je.maklum la nak cut kos.pkai mna yg ptt je.skaki 45sen.tp kayu elok.lain2 tu recycle je.bro,ade pkcik sorg ni ade bg btg sagu rumbia utk kmbing,boleh elak cirit.betul ke?
ReplyDeletebatang rumbia elak cirit..aku tak tahu pulak bro..tapi mmg btang rumbia bleh jdikn mkann kambing.cuma khasiat die tak tahu la pulak.haha..kena tnya otai2 lama menternak nih..
Deleteada siapa tau kat mana ada jual pagar hijau second hand?, macam pagar sekolah kat kg2 tu.....
ReplyDelete